Alhamdulillah, tanggal Jumaat, 4 Oktober 2013, kami Blooggers dan rakan kerja Cell Adverts Sdn Bhd telah sama-sama dalam satu majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman MOU diatara CellAds dan Blooggers. Majlis ringkas tetapi penuh bermakna ini telah berlangsung di Technology Park Malaysia (TPM) di saksikan sendiri oleh General Manager TPM dan wakil-wakil TPM.
Kami sebagai sebuah komuniti dan syarikat yang baru, sangat berbangga dengan Perjanjian Persefahaman ini dan diharapkan kami akan dapat belajar sesuatu yang baru disamping melebarkan network kami.
MOU ini memberikan mandat kepada Bloogger Dot Com untuk mempromosikan jenama CellAds menggunakan Platform Blog dan Media Sosial sebagai salah satu cara dalam memperkenalkan servis iklan melalui 'mobile' ini kepada umum. Ia sesuatu yang baru dan terbaik untuk pengiklanan masa kini kerana ia menguntungkan pengguna aplikasi CellAds ini.
Untuk mengetahui apa dia aplikasi Cell Ads ini, anda boleh rujuk di laman web utama www.CellAds.com.my


0 Ulasan