Ad Code

Man Raja Lawak Bukan Pro Pembangkang

Man Raja Lawak Bukan Pro Pembangkang?
Blooggers untuk versi Selebriti Malaysia Edisi Pertama menjenguk Juara Raja Lawak Musim 5 iaitu Man Raja Lawak. Pertemuan Blooggers dan Man Raja Lawak adalah pertemuan Eksklusif membicarakan tentang Karier Man Raja Lawak setelah bergelar Juara Raja Lawak.

Ada suara kekesalan juga dalam nada Man Raja Lawak sejak Akhir-akhir ini kerana dalam masa 5 bulan berturut-turut Man Raja Lawak tiada mendapat tawaran berlakon, drama, telemovie atau filem. Ini semua gara-gara beliau dikhabarkan di 'Gam' oleh satu Stesen TV akibat satu salah faham.

Yang peliknya, beliau tidak dimaklumkan sebab kenapa dan mengapa beliau seperti di Gam oleh Stesen TV berkenaan. Disebabkan isu Kena Gam ini, ramai producer dan pengarah drama dan filem tidak berani mengambil risiko mengambil Man Raja Lawak tawaran kerana takut drama atau filem di tolak.

Menurut Man Raja Lawak, antara penyebab kenapa beliau (Man Raja Lawak) Kena Gam, mungkin kerana beliau pernah menghadiri Forum Perdana Bual Bicara yang pernah dikendalikan oleh pihak Pembangkang. Tawaran sebagai Moderator Bual Bicara tersebut, Man Raja Lawak anggap sebagai tawaran kerja secara Professional dan tidak melibatkan fahaman Politik.

Man Raja Lawak berkata beliau tidak berminat dengan Politik kerana fokus utama beliau hanyalah sebagai pelawak dan penghibur sebagai mata Pencarian. Semua yang beliau buat itu adalah dasar Professional dan atas jemputan sebagai Pelawak dan Penghibur.

Mungkin juga kerana nama Man Raja Lawak, sedikit mempunyai persamaan dengan 'Leman Raja Lawak' yang sekarang aktif menyertai Pembangkang, dia (Man Raja Lawak) telah disalahertikan. Menurut Man Raja Lawak, disebabkan gossip dan salah faham ini, periuk nasi dan karier nya yang baru mendapat perhatian masyarakat telah terjejas.




Man Raja Lawak berharap, nama beliau di bersihkan dan tidak dikaitkan dengan mana-mana Parti Politik kerana fokus beliau masih sebagai seorang pelawak dan penghibur.

Mana-mana syarikat atau Agensi yang berminat untuk Menjemput Man Raja Lawak untuk membuat persembahan, dinner show, family day, carnival, open house, birthday party dan sebagainya boleh terus menghubungi beliau di talian 014-7316936 untuk pertanyaan lanjut. 

Catat Ulasan

0 Ulasan