Ad Code

Jozan Menang Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2014

ABPBH 2014 menyaksikan Johan terus mengungguli kategori Penyampai Radio Lelaki Popular menandingi empat orang finalis lain yang bukan calang-calang iaitu Salih Yaacob, AG, Deen dan Ebby Halim. Kejayaan ini sekaligus menamatkan teka-teki siapakah pemilik trofi bagi kategori yang mempunyai saingan sengit ini. 

Ini merupakan kali ke-2 penyampai radio Era itu membawa pulang trofi tersebut selepas memenangi kategori yang sama pada tahun lepas. Untuk rekod, Johan telah menjadi finalis bagi kategori ini selama 3 tahun berturut – turut. 

Anugerah yang memberi kuasa mutlak kepada para peminat untuk menentukan pemenang ini membuktikan sokongan padu para peminat dalam menyokong kerjaya Johan sebagai penyampai radio. 

Malam berprestij ABPBH edisi ke-28 yang bertemakan ‘Cinta’ anjuran Berita Harian ini telah berlangsung di Arena of Stars Genting Highland semalam.

Tahniah Jozan sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular ABPBH 2014





Catat Ulasan

0 Ulasan