BSN dengan kerjasama stesen-stesen radio di bawah
naungan Astro Radio iaitu ERA fm, Sinar FM dan THR Gegar akan berganding bahu
menjalankan aktiviti kebajikan bagi menjayakan kempen #BSN40Kebaikan - "Semarakkan Semangat, Sebarkan Kebaikan‟. Kempen #BSN40Kebaikan ini diadakan
bertujuan untuk menggalakkan semangat ukhwah di kalangan masyarakat Malaysia
di samping menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
#BSN40Kebaikan adalah bersempena dengan ulang tahun BSN ke 40 tahun di mana 40 kebaikan akan dilaksanakan di seluruh negara dengan menyebarkan kebaikan dan keceriaan terutamanya menjelang bulan Ramadan yang mulia.
“Akhir-akhir ini, terdapat pelbagai tragedi buruk menimpa negara kita seperti kapal terbang terhempas, banjir dan yang terbaharu gempa bumi di Sabah. Perkara-perkara ini sedikit sebanyak memberikan kesan kepada kita. Diharapkan dengan pelaksanaan kempen ini sedikit sebanyak memberi keceriaan dan kegembiraan kepada kita rakyat Malaysia”, kata En Siew Kin Meng, Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN.
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan untuk kempen ini adalah menyampaikan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua, mengunjungi dan menyampaikan duit raya kepada pesakit kanak-kanak yang menghidapi kanser di beberapa hospital, membantu membersihkan masjid, memberikan tiket bas dan keretapi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS yang ingin pulang ke kampung halaman, membelanja kad isian semula mereka dan banyak lagi.

Kempen ini juga menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dengan
memuat naik teks (status update), gambar ataupun video aktiviti kebajikan mereka
atau orang lain ke media sosial dengan menggunakan #BSN40Kebaikan. Bagi setiap
hashtag yang dimuat naik, BSN akan menderma RM 1 kepada tiga (3) organisasi yang
dipilih oleh BSN iaitu Rumah Kebajikan Nur Ehsan di Kempas, Johor, wad Pediatrik atau
pesakit kanak-kanak di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian,
Kelantan dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak,
Cheras.
“Kami amat berbangga kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan BSN bagi menjayakan kempen #BSN40Kebaikan ini. Inisiatif ini bukan sekadar untuk membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang bakal tiba, malah ianya juga dapat menyatukan rakyat Malaysia dengan sama-sama melakukan kebaikan”, kata Norfuziana Ahamed selaku Naib Presiden Bahagian Pengurusan dan Penjualan Astro Radio.
Pihak BSN dan Astro Radio akan menjalankan dan menyampaikan bantuan kepada masyarakat Malaysia di seluruh negara bermula daripada hari ini hingga 3 Julai 2015. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti dan lokasi kempen #BSN40Kebaikan, sila layari www.bsn40kebaikan.com.my dan bersama kita semarakkan semangat, sebarkan kebaikan.

0 Ulasan