Demam kepialu atau tifoid adalah sejenis jangkitan penyakit yang berpunca daripada bakteria Salmonella Typhi dan boleh mengancam nyawa kita.
Setakat hari ini, sebanyak 34 kes demam kepialu telah dilaporkan di Kuala Lumpur sejak Ogos 2015. Sementara itu, menurut laporan akhbar1, sejumlah 94 kes demam kepialu telah dicatatkan di tujuh buah negeri di Malaysia sepanjang Januari hingga 20 Oktober lalu.
Salmonella Typhi hanya membiak di dalam tubuh manusia. Seseorang yang telah dijangkiti demam kepialu akan membawa bakteria tersebut di dalam aliran darah dan ususnya. Malah, sebahagian kecil pembawa bakteria yang telah sembuh daripada jangkitan ini juga akan terus membawa bakteria di dalam tubuh mereka. Pesakit dan pembawa demam kepialu akan mengeluarkan bakteria Salmonella Typhi melalui najis mereka.
Biasanya, demam kepialu lebih kerap berlaku di kawasan yang mudah terdedah kepada pencemaran air dengan bahan kumbahan serta ketiadaan air bersih untuk membasuh tangan secara kerap.
Rangkaian produk penjagaan diri antibakteria inovatif dan diyakini, Antabax sudah sekian lama memperjuang dan mempromosikan amalan kebersihan yang baik sebagai langkah pertama untuk mengecapi tahap kesihatan terbaik. Lebih-lebih lagi dalam mengurangkan risiko mendapat penyakit berjangkit akibat tangan yang kotor.
Berikutan kes demam kepialu yang kian meningkat baru-baru ini, Antabax turut mengambil inisiatif dengan menawarkan fakta ringkas dan maklumat berguna tentang cara-cara pembersihan tangan dalam tujuh langkah menerusi halaman FB peminatnya.
Penularan Deman Kepialu
Demam kepialu boleh berjangkit melalui makanan atau minuman yang telah dicemari atau dikendalikan oleh seseorang pesakit atau pembawa bakteria Salmonella Typhi yang tidak membasuh tangan dengan bersih selepas menggunakan tandas. Selain itu, jangkitan penyakit juga boleh berlaku melalui sentuhan kulit secara langsung dengan pesakit demam kepialu. Pendedahan kepada najis pesakit1 turut meningkatkan risiko anda untuk mendapat jangkitan penyakit tersebut.
Beberapa langkah pencegahan boleh diambil untuk mengurangkan risiko jangkitan demam kepialu seperti pastikan air dimasak sebelum diminum atau minum air botol, elakkan pengambilan makanan mentah yang tidak dikendalikan dengan baik, basuh buah-buahan serta sayur-sayuran sebersih-bersihnya sebelum dimakan dan dapatkan suntikan vaksin untuk mencegah demam kepialu. Satu lagi cara paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan demam kepialu1 adalah memastikan tangan dibasuh sebelum dan selepas makan, mengendalikan makanan atau menggunakan tandas.
Pesakit demam kepialu biasanya mengalami demam panas (39°C hingga 40°C) yang berpanjangan. Mereka juga mungkin mengalami simptom-simptom seperti lemah badan, sakit perut, sakit kepala atau hilang selera makan. Dalam sesetengah kes, pesakit juga mempunyai ruam rata berwarna merah ros. Jika anda mempunyai simptom-simptom ini, sila dapatkan pengesahan segera daripada doktor.
Pengesahan demam kepialu hanya boleh diketahui menerusi ujian sampel najis atau darah untuk mengesan kehadiran bakteria Salmonella Typhi.
Menurut Pengurus Produk Kumpulan, Isi Rumah & Penjagaan Diri, Bahagian Pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim, rakyat Malaysia kini lebih peka tentang keperluan membasuh tangan dan berusaha mempraktikkan amalan ini dengan lebih kerap.
“Amalan dan pengetahuan tentang cara-cara menjaga kebersihan tangan boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan demam kepialu, selain usaha pantas daripada pihak berkuasa untuk menggesa pengusaha/pengendali restoran/makanan agar mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin. Antabax turut mengesyorkan tujuh langkah mudah untuk membasuh tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit daripada tangan yang kotor. Pelajarilah cara-cara membasuh tangan dengan betul dan amalkan setiap kali kita mencuci tangan. Hanya 20 saat diperlukan untuk membantu kita kekal lebih sihat,” ujar Sim.
Antabax menawarkan satu rangkaian produk antibakteria menyeluruh yang merangkumi mandian tubuh, buih pembersih tangan, sabun, gel pembasmi kuman tangan, penyembur dan tisu pembersih untuk memenuhi keperluan menjaga kebersihan diri.

0 Ulasan