Bermula 11 April lalu dan berakhir pada harini, JoHaRa telah mencatatkan
sebuah sejarah segmen tersebut dengan menganjurkan sebuah pertandingan luar biasa. Pengemudi
rancangan pagi JoHaRa Pagi ERA (Johan, Haniff dan Ray) telah bersiaran secara langsung di lokasi terpilih
bagi meneruskan misi pencarian ‘Juara JoHaRa’ selama tiga minggu.
Seawal jam 6 pagi lagi, peminat telah berkumpul dilokasi terpilih untuk membuat pendaftaran sebagai peserta Juara JoHaRa. Semangat yang di pamerkan oleh masyarakat Malaysia untuk menceburkan diri dalam aksi cabaran sangat dipuji. Tidak mengira bangsa mahupun peringkat umur, mereka yang hadir untuk merebut gelaran Juara JoHaRa ternyata sangat ‘sporting’. Pengunjung yang ada di sekitar lokasi juga turut memberikan sokongan kepada perserta-peserta yang terlibat. Para selebriti yang ada pada setiap lokasi pilihan turut menggamatkan lagi suasana apabila mereka juga mecabar diri.
Selebriti yang hadir memeriahkan lagi Juara JoHaRa seperti, Aisyah Aziz, Syamel AF, Firman AF, Sufi AF, Tasha Manshahar, Sabhi Saadi, Awi Rafael, Maya Karin, Ronnie Hussein, Bila AF, Sandra dan ramai lagi.
Antara lokasi yang menjadi pilihan Juara JoHaRa seperti di NZ Curry House, Wangsa Maju pada (11 April), Petronas Solaris Serdang (13 April), UTC Sentul (15 April), Syed Bistro Kelana Jaya (18 April) dan banyak lagi lokasi lain.
Pencarian ‘Juara JoHaRa’ telah berjaya mengupas bakat-bakat masyarakat Malaysia untuk melakukan beberapa cabaran lucu yang telah diberikan. Contoh cabaran-cabaran yang bakal dilakukan adalah seperti mencabar orang ramai untuk membungkus nasi lemak dengan memakai sarung tangan gusti, meniup lilin sambil memakai topeng muka dan macam-macam lagi cabaran lucu yang telah diadakan.
“Pertandingan Juara JoHaRa telah dilaksanakan selama tiga minggu bermula 11 April hingga 29 April. Objektif kami adalah untuk mencungkil bakat yang ada dikalangan pedengar sambil beramah mesra bersama mereka. Kami teruja kerana sambutan Juara JoHaRa yang julung kali diadakan ini sangat meriah. Peminat menyerbu JoHaRa dan berebut-rebut untuk beramah mesra bersama penyampai kesayangan mereka." Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Dhan Andreas.
Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi ERA fm untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Seramai 9 orang pemenang dijulang sebagai Juara JoHaRa dan membawa pulang baucer tunai membeli belah bernilai RM 1000 di setiap lokasi.

0 Ulasan