Ad Code

Projek Smiles Merealisasikan Sharing Smiles With Mamee Neffos Di Bukit Broga

"Sharing Smiles with Mamee" menjadi fenomena baru di Bukit Broga pada Sabtu, 21 Mei 2016 hujung minggu yang lepas. Seawal jam 5.00 pagi, kaki Bukit Broga sudah dipenuhi dengan ratusan warga kota yang bersedia untuk menakluk puncak paling popular di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Hujan seawal pagi, tidak sedikit memberi masalah kepada peminat pendaki Bukit Broga. Tujuan mereka hanyalah satu, supaya berjaya sampai ke puncak Bukit Broga dan menikmati pemandangan matahari terbit dipuncak tersebut. Bukan itu sahaja, cuaca yang agak sejuk dan berkabus serta pemandangan yang cantik menjadikan puncak Broga ini semakin menjadi tumpuan ramai.









Pendakian ke puncak Bukit Broga kali ini berbeza dari sebelumnya kerana, kali ini lebih 500 orang pendaki Bukit Broga dikejutkan dengan kehadiran maskot Mamee Monster dan juga Mister Potato di atas puncak Bukit Broga. Blooggers Media sebagai penganjur dengan kerjasama penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn Berhad serta Neffos Malaysia, kali ini membawakan sesuatu kelainan di puncak Broga.

Projek Smiles, satu program sosial dan kemasyarakatan membawakan perkongsian produk halal Mamee hingga ke puncak Broga untuk diagihkan secara percuma kepada semua pendaki. Usaha pasukan Projek Smiles membawa hampir 10 karton makanan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Broga, bukan satu yang mudah. 


Projek Smiles Merealisasikan Sharing Smiles With Mamee Neffos Di Bukit Broga

"Projek Smiles ini adalah inisiatif Blooggers Media bersama beberapa penaja utama termasuk Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel untuk berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia. Mamee kali ini menyumbangkan 10 karton snek terbaik mereka untuk diagihkan percuma kepada sesiapa sahaja yang berjaya sampai di punca Bukit Broga." kata Rosmadi Shakri, Pengarah Projek Smiles.

"Bukan setakat itu, TP-LINK Neffos Malaysia juga turut menaja 3 set telefon pintar Neffos untuk Cabutan Bertuah. Satu dari smartphone hebat ini diberikan percuma kepada Pemenang Bertuah di puncak Bukit Broga sebagai salah satu sokongan mereka untuk warga kota dalam aktiviti sihat seperti ini" tambah beliau.














Pemenang Utama membawa pulang Smartphone Neffos C5




Di saat warga pendaki Bukit Broga menikmati keindahan pemandangan dari puncak Bukit Broga, Projek Smiles mengagihkan produk Mamee Double Decker seperti Mamee Monster, Mister Potato, Corntoz, Mamee Chef dan tidak lupa air minuman Cool Tea sebagai tanda sokongan kepada aktiviti sihat seperti ini.

"Saya tidak sangka sambutan hebat seperti ini. Jangkaan kami, kami sekadar berkongsi sedikit dengan semua, tetapi bila sampai di atas puncak, rata-rata gembira dengan makanan percuma yang kami agihkan." Nik Amree, Projek Smiles.

"Tadi waktu kami sampai di kawasan parkir, mereka sudah berikan makanan dan TShirt percuma kepada kami sekeluarga. Bila sampai di puncak, kami lihat ramai yang beratur untuk mendapatkan lagi makanan. Tak sangka akan ada aktiviti macam ni. Selama saya panjat Broga, ini kali pertama saya lihat aktiviti agihan makanan percuma seperti ini. Syabas kepada Projek Smiles, Mamee dan Neffos." En Shaiful Amin, Kajang.


Catat Ulasan

0 Ulasan