Dalam majlis serba ringkas Meet & Greet ini, mereka turut menerima tajaan pakaian dari Under Armour Malaysia sebagai tanda sokongang untuk perlawanan hebat ini.
Sempena dengan meraikan Hari Merdeka yang Ke-59, peserta Malaysian Martial Arts (MMA) ini berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk mengharumkan nama negara pada perlawanan One Championship Unbreakable Warriors.
EV Ting
Antara yang menonjol ialah Agilan Thani. Beiau telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan sejak menyertai ONE Championship tahun lepas. Setakat ini beliau telah mencatat empat kemenangan dalam empat perlawanan. Nampaknya, peluang untuk beliau menang menentang peserta dari Filipina, Trestle Tan agak cerah.
Pertempuran ONE Championship ini begitu dekat dengan sambutan Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia yang pasti akan memberikan motivasi tambahan kepada semua pejuang (Malaysia Fighters) untuk melakukan yang terbaik.
Antara MMA Fighters lain yang akan ada ketika Meet & Greet Dan Sesi Penyerahan Tajaan Under Armour Malaysia ini termasuk la EV Ting, Peter Davis, Gianni Subba dan Keanu Subba, Muhammad Aiman Raziz Affindi dan Saiful Merican.
Semoga mereka membawa kejayaan dalam pertempuran mereka di ONE Championship Unbreakable Warriors pada Jumaat, 2 September 2016 di Stadium Negara nanti.



0 Ulasan