Ad Code

Pelancaran GT Dollar di Malaysia The Smarter Way To Spend

Tarikh 16 Januari 2017 yang lalu telah berlangsung satu majlis pelancaran GT Dollar di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Ia bersempena dengan Malaysia Fin Tech Ecosystem Conference dan GT Dollar Grand Launch. 

Pelancaran majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia yang turut dihadiri oleh ramai tokoh korporat Malaysia.

Pelancaran GT Dollar di Malaysia





GT Dollar adalah satu aplikasi mudah dan PERCUMA untuk smartphone anda. Ia menjadi penghubung untuk anda membeli belah dengan lebih mudah dan selamat. Tambah lagi, ia menyediakan pelbagai diskaun menarik kepada semua pengguna aplikasi GT Dollar termasuk untuk shopping pakej percutian, pakej hotel, beli-belah barangan elektrik dan banyak lagi.


Download aplikasi ini, anda akan terus menerima Kredit GT Dollar RM300. Menarik bukan???




pelancaran GT Dollar Malaysia





Antara yang diperkenalkan di majlis Pelancaran GT Dollar ini termasuk Smartphone GT 888, Smartwatch GT Watch Smartee 1 dan juga Robot yang dikenali sebagai GT Wonderboy. Ini adalah satu inovasi terbaru dalam dunia teknologi, lebih-lebih lagi GT Wonderboy yang menjadi teman kepada manusia. 






Robot GT Wonderboy ini adalah robot komunikasi secara 2 hala dan kita manusia boleh berbual dengan robot ini seperti berbual dengan manusia biasa. Yang menarik, ia diberitakan akan dibina di Malaysia dan dalam perancangan dalam tahap terakhir untuk pembinaan kilangnya di Melaka.

Teknologi seperti ini bukan sahaja untuk pengenalan Malaysia di mata dunia tetapi ia akan memberikan dimensi baru kepada market di Malaysia. Ia akan membawa lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia termasuk peluang-peluang pekerjaan.

Dari sektor pelancongan, ia akan memudahkan pengguna yang menggunakan aplikasi GT Dollar ini untuk membeli belah serata dunia dengan hanya mengguna aplikasi GT Dollar yang bersifat seperti e-Wallet untuk pengguna.

Tak perlu bawa banyak wang tunai, hanya guna aplikasi ini dan bayar dengan aplikasi. Mudah, menguntungkan kerana dapat diskaun dan ia selamat.

Cepat download aplikasi GT Dollar.







Pelancaran GT Dollar di Malaysia The Smarter Way To Spend







Untuk dapatkan lagi maklumat lanjut tentang GT Group dan produk berkaitan dengan jenama yang besar ini, anda boleh terus layari laman web rasmi mereka ini : - 





Catat Ulasan

0 Ulasan