Ad Code

Nama 6 Finalis Bakal Bergelar Penyampai Pagi ERA SABAH

Berakhirlah sudah sesi uji bakat untuk misi Pencarian Penyampai Pagi ERA Sabah! Kini, bermulakan sesi suai kenal kita bersama calon-calon yang bakal menyinari ERA fm Sabah tidak lama lagi! Era Sabah umum Nama 6 Finalis Bakal Bergelar Penyampai Pagi ERA SABAH.
Pengumuman senarai calon penyampai Pagi ERA Sabah telah di umumkan melalui corong radio ERA fm Sabah juga di seluruh laman sosial mereka pada hari ini. Pihak pengurusan ERA fm Sabah telah menyenarai pendek calon-calon yang mencatatkan markah tertinggi melalui gaya persembahan, personaliti mahupun keceriaan yang diberikan oleh para finalis ini.

Nama 6 Finalis Bakal Bergelar Penyampai Pagi ERA SABAH
Nama 6 Finalis Bakal Bergelar Penyampai Pagi ERA SABAH


Antara 6 orang calon yang telah melayakkan diri ke peringkat akhir misi Pencarian Penyampai Pagi ERA Sabah adalah Adnan, Ferra, Fared, Chumie, Mad Sabah (Lawak Solo) dan Rozy. Kesemua finalis ini ternyata  mempunyai bakat semula jadi serta keunikan yang tersendiri. 
Apa yang perlu mereka laksanakan sebelum bergelar seorang penyampai radio? Calon-calon ini dikehendaki melaksanakan beberapa cabaran yang akan dikendalikan oleh pihak stesen ERA fm Sabah. Cabaran-cabaran yang harus dilaksanakan adalah lebih kepada menguji tahap kreativiti mereka, kecekapan dalam melaksanakan sesuatu perkara secara matang, dan macam-macam lagi cabaran yang memerlukan kerahan mental mereka.
Pasti ramai pendengar setia ERA fm Sabah tidak sabar menantikan kedatangan penyampai baharu Pagi ERA Sabah keudara! Untuk mengetahui serta mengikuti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh kesemua calon ini, jangan lupa dengarkan frekuensi ERA fm Sabah mengikut lokasi anda mahupun menggunakan aplikasi ERA fm Sabah, juga ikuti laman sosial ERA fm Sabah di Facebook, Instagram dan Twitter.
Kempen Pencarian Penyampai Pagi ERA Sabah ini ditaja sepenuhnya oleh Sazarice dan Sabarice dan Rojak Daily Kaw selaku rakan digital.

Catat Ulasan

0 Ulasan