Vitagen Sambut Ulangtahun Ke-40 Dengan Kempen "A Better Gut Health’ (Sistem penghadaman yang lebih baik bermula dengan VITAGEN). Kempen itu merupakan lanjutan daripada inisiatif VITAGEN untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan penghadaman.
VITAGEN, minuman susu kultur pertama dan No. 1 di Malaysia yang telah berkembang bersama-sama beberapa generasi di negara ini
Mesti ramai yang setuju kalau kami katakan kultur ikonik itu telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia selama 40 tahun. Dalam sebotol VITAGEN, ia mengandungi berbilion-bilion bakteria baik di dalam kultur Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei yang hidup dan aktif.
Kesihatan sistem penghadaman yang baik memang penting untuk manusia. Hidup yang tidak sihat akan mungkin membuatkan gaya hidup tidak aktif, tekanan dan peningkatan pengambilan makanan segera yang mungkin mengandungi rendah serat dan kurang bakteria baik.
Kajian menunjukkan bahawa kesihatan sistem penghadaman berkait rapat dengan obesiti. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai populasi paling gemuk di rantau ini. Jumlah golongan dewasa yang mempunyai berat berlebihan meningkat sebanyak 30%. Sementara rakyat Malaysia yang obes mewakili sehingga 17.7% populasi keseluruhannya. Kombinasi ini bermakna hampir separuh daripada populasi negara kini sama ada mempunyai berat berlebihan atau gemuk.
Vitagen Sambut Ulangtahun Ke-40 |
Ada beberapa fakta yang mungkin ramai tidak tahu, beberapa penyakit seperti tekanan yang kelihatan seperti tiada kaitan dengan sistem penghadaman manusia, sebenarnya disebabkan oleh masalah usus.
VITAGEN menggiatkan usahanya untuk mempromosikan kesihatan sistem penghadaman yang baik kepada rakyat Malaysia menerusi kempen-kempen dan aktiviti yang berterusan. Inisiatif itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan sistem penghadaman yang baik serta membentuk gaya hidup sihat.
Jenama itu juga memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mempunyai diet dan kesihatan spesifik melalui varian kurang gula serta kolagen. Baru-baru ini, varian VITAGEN Less Sugar dianugerahkan logo Pilihan Lebih Sihat daripada Kementerian Kesihatan.
Pengurus Besar VITAGEN, Poh Eng Lip berkata “Rakyat Malaysia perlu hidup dengan lebih sihat. Tahun ini, kami melaksanakan beberapa strategi dan pendekatan berbeza kerana pendekatan tradisional seperti ‘jangan buat itu atau ini kerana ia tidak baik untuk anda’ tidak lagi berkesan ke atas generasi muda.”
VITAGEN memang satu jenama terawal dalam produk minuman kultur di Malaysia dan menjadi pilihan hampir seluruh rakyat Malaysia. Siapa yang tidak pernah minum minuman Vitagen???
Sejak 40 tahun lalu ada banyak program serta kerjasama dengan Persatuan Kesihatan Penghadaman Malaysia (DHM) dan Persatuan Pemakanan Malaysia, di samping menaja pelbagai acara sukan, hiburan dan banyak lagi.
Kempen VITAGEN sempena ulang tahun ke-40 jelas menunjukkan hubungan positif di antara kesihatan sistem penghadaman yang baik dengan kesihatan keseluruhan menerusi tiga aspek penting iaitu tahap imunisasi lebih baik, fikiran semakin jelas / kepekaan mental yang lebih tajam dan mood yang lebih seimbang.
Pengurus Besar VITAGEN, Poh Eng Lip berkata “Kami telah mengatur pelbagai rancangan yang menarik untuk VITAGEN tahun ini. Acara dan aktiviti yang kami laksanakan disokong oleh penyelidikan yang mengesahkan bahawa kesihatan sistem penghadaman dapat menambah baik kesihatan secara keseluruhannya.
Vitagen cultured milk ini memang untuk semua lapisan masyarakat. Ramai yang anggap, minuman kultur seperti Vitagen ini hanya untuk kanak-kanak. Sebenarnya tidak. Setiap lapisan umur boleh minum minuman kultur ini untuk kesihatan. Maksudnya, dewasa pun patut minum Vitagen sekurang-kurangnya 2 botol setiap hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai VITAGEN dan kempen “A Better Gut Begins with VITAGEN”, sila layari laman web:
0 Ulasan