Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 12 tengah malam nanti, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pindaan pewartaan itu dilaksanakan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004).
“Ia bertujuan melindungi orang awam daripada terdedah kepada asap rokok."
“Premis itu membabitkan semua kaedah perniagaan tidak kira bertutup, berhawa dingin, atau berkonsep terbuka (open air)."
“Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa komited bagi memastikan orang awam terutama kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua sentiasa dilindungi daripada bahaya asap rokok,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sumber: Bernama
Oleh yang demikian, sila ambil maklum bahawa, jika anda melakukan kesalahan yang melibatkan kesalahan Merokok Di Tempat Awam, anda mungkin akan di kompaun serta merta.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan zon larangan merokok diperluaskan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017 berkuat kuasa Disember ini, dengan kesalahan merokok di tempat awam boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

0 Ulasan