Ad Code

Malaysia G-Shock Megafest 2018 Kembali Di Rubix 1M4U Sentral

Khas buat peminat jam tangan getah dari Jepun, jenama Casio G-Shock ada yang menarik untuk anda semua hujung minggu ini. Malaysia G-Shock Megafest 2018 Kembali Di Rubix 1M4U Sentral. Ia kembali dengan lebih besar, lebih meriah dan pastinya lebih menarik untuk anda semua sertai.

Edisi Malaysia G-Shock Megafest 2018 kali ini merupakan edisi kedua dan akan berlangsung dari 22 - 23 Disember 2018 bertempat di Rubix Puchong, atau dinekali dengan 1M4U Sentral Puchong.

Tahun ini, MGM2018 lebih menarik kerana turut meraikan ulang tahun jam tangan Casio G-Shock ke 35 (G-Shock 35th Anniversary), sejak jurutera Casio Kikuo Abe membuat rekaan jam G-Shock yang pertama pada tahun 1983, iaitu model DW-5000C.


Malaysia G-Shock Megafest 2018



MGM2018 adalah salah satu usaha anjuran MGM Event Management untuk mengumpulkan peminat jam tangan getah G-Shock, peniaga, usahawan dan newbie samada dalam negara dan luar negara. Di sini mereka dapat berkongsi maklumat, membelu koleksi jam terkini dan vintage, melihat koleksi terbaik G-Shock dan mengembangkan lagi informasi tentang Casio G-Shock.

Antara tarikan utama MGM2018 kali ini ialah jam kolaborasi dan jam ulangtahun ke-30 dan ulangtahun ke-35 serta beberapa jam lagenda G-Shock termasuk jam Takashi Murakami yang dikatakan pernah mencecah harga RM60,000.

Ia termasuk model G-Shock Frogman GWF-1000TM (hanya 300 unit di dunia), Frogman GWF-1030A (hanya 300 unit di dunia), Frogman GWF-1030E (hanya 333 unit seluruh dunia), Rangeman GPR-B1000TF-1, Frogman GWF-1035F-1 dan juga model MTG-B1000TF-1A.


Malaysia G-Shock Megafest 2018



Antara Barang Aksesori Yang DiJual



Satu lelongan terbuka juga akan diadakan untuk mengumpul dana bagi membantu Tabung Bantuan Gempa Bumi Di Palu oleh MERCY Malaysia dan juga komuniti G-Shock yang kurang bernasib baik. Selain itu ada acara sukaneka, gerai makanan, pertandingan rekaan G-Shock dan anugerah Vendor terbaik.

Yang ditunggu, pastinya cabutan bertuah. Katanya tahun ini ada sebuah motorsikal Yamaha NVX155 yang akan menjadi hadiah utama. Wow!!!

Jom sama-sama sokong aktiviti ini, sama-sama ke Malaysia G-Shock Megafest 2018 #MGM2018 #Rubix


Lucky Draw Motorsikal NVX155 Malaysia G-Shock Megafest 2018

Catat Ulasan

0 Ulasan