Ad Code

Pelumba Cub Prix Hafiz Nor Azman Maut Kemalangan

Salam Takziah kepada keluarga dan saudara Pelumba cub prix, Hafiz Nor Azman, 22, yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir perlumbaan, di Dataran Bandar Penawar, dekat sini petang tadi.

Beliau, memenangi tempat keempat pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018

Hafiz Nor Azman disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi, selepas terbabit dalam kemalangan di litar lumba yang berlaku kira-kira jam 4.00 petang semalam.


Pelumba Cub Prix Hafiz Nor Azman Maut Kemalangan



Bapa mangsa, Nor Azman Mad Darus, yang juga bekas pelumba berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas pelumba di hadapan anaknya terlanggar penghadang di tepi litar menyebabkan penghadang itu terkeluar ke tengah litar.

"Arwah tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar objek yang terpelanting keluar dari litar sehingga motosikalnya terjatuh,"

Kemalangan berlaku ketika pelumba tengah laju dan perlumbaan juga sudah hampir selesai. Akibat kemalangan itu, Hafiz tidak sedarkan diri sebelum terus dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, rakan mangsa, Fakhrusy Syakirin, 22, berkata, kemalangan berlaku ketika pusingan terakhir daripada keseluruhan 20 pusingan perlumbaan itu.

Catat Ulasan

0 Ulasan