Program siaran langsung tersebut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018. Semasa program berlangsung, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.
Menariknya lagi, ia merupakan program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama disiarkan yang mana pada masa yang sama turut berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di Go Shop sepanjang 2 jam masa bersiaran! Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan!
Di samping itu, Dato' Sri Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’. Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Dato' Sri Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.
Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert‘Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour’pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour?
1) Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 - 17 Feb 2019.
2) Jadilah 3 pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM 710.00 ke konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour.
3) Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, sila layari: bit.ly/DSCTxConcert
Koleksi khas ini hanya tersedia untuk masa yang terhad. Jangan terlepas tawaran eksklusif oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Go Shop ini. Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.myatau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.


0 Ulasan