Ad Code

Berbaloi Ke Bayar RM10000 Sebab Ingkar PKP 2021?

Selepas ini, orang ramai pasti akan berfikir 2 - 3 kali bila mereka cuba untuk melanggar arahan PKP di Malaysia. Ini kerana, mereka yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun yang berat sehingga jumlah denda RM10,000. Ia akan mula berkuat kuasa pada tarikh 11 Mac 2020 nanti.

Manakala, bagi syarikat yang didapati bersalah melakukan perlanggaran SOP yang sama, boleh dikompaun sebanyak RM50,000. 

Maklumat ini sudah dikongsi dilaman sesawang Pejabat Peguam Negara. Perkara ini telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan akan dikuatkuasakan apabila tiba masanya bulan Mac 2021.


denda langgar sop pkp 2021 rm10000

Jabatan Peguam Negara PKP 2021


Untuk informasi semua, sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Jadi, pastikan anda sentiasa mematuhi peraturan dan SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan diri daripada disaman. Bagi yang belum tahu, antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

Catat Ulasan

0 Ulasan