Ad Code

Kenapa Perlu Ambil Vaksin Covid-19 Ketika Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Vaksin untuk Coronavirus Covid-19 akan tiba lebih awal berbanding apa yang telah diberitakan sebelum ini. Oleh yang demikian, pihak kerajaan sekarang sedang giat dalam memberi penerangan dan menyalurkan maklumat tentang keperluan vaksin ini. Perdana Menteri Malaysia bertegas untuk menerangkan kenapa perlu ambil Vaksin Covid-19 ketika Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Pelbagai sektor ekonomi akan dibuka semula, seperti pelancongan. Kita boleh saling ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan juga boleh kita amalkan, tetapi dengan mengamalkan norma baharu."

Gambar : The Star

“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19." menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara maya di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.

Sumber Berita : Astro Awani

Catat Ulasan

0 Ulasan