Ad Code

Mohd Azizulhasni Awang Kini Juara No 1 Dunia Tahun 2021

Kami baru mendapat berita tentang Mohd Azizulhasni Awang Kini Juara No 1 Dunia Tahun 2021. Biintang hebat berbasikal negara, Azizulhasni Awang kini kembali menguasai kedudukan No.1 dunia dalam acara pecut berbasikal. Dengan anugerah ini, ia sekali gus menjadi pembakar semangat beliau untuk ke temasya Sukan Olimpik Tokyo, yang akan dijadualkan pada Julai 2021.

Berdasarkan kedudukan semasa Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI), Azizul yang dikenali dengan julukan The Poketrocketman mengumpul 1,600 mata untuk menguasai kedudukan teratas mengatasi Tomohiro Fukaya di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata.



Gambar : Google

Sementara, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Sam Webster dari New Zealand berada di kedudukan ketiga dengan 1,390 mata manakala, Muhamad Shah Firdaus Sahrom berada di ranking ke-18 dengan 922.5 mata.
Dalam acara keirin berbasikal, Azizulhasni yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio berada di kedudukan kedua dengan mendapat 1,740 mata di belakang pelumba Colombia, Kevin Chavarro (1,790) dan juara Asia Yuta Wakimoyo ketiga, 1,715 mata.


Mohd Azizulhasni Awang Kini Juara No 1 Dunia Tahun 2021

Gambar : The Star

“Ini adalah berita gembira dan sudah pasti menjadi motivasi untuk saya ke Tokyo."
Semoga berita gembira ini memberikan kebanggaan kepada kita rakyat Malaysia dan akan menjadi inspirasi buat atlet muda negara yang lain. Rakyat Malaysia pasti akan terus mendoakan Azizulhasni akan menyinar di Sukan Olimpik Tokyo nanti dengan membawasupaya persiapan saya berjalan lancar bagi meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo,”

Sumber : Utusan

Catat Ulasan

0 Ulasan