Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin mereka fikir rasuh sekecil 50 sen tidak akan tertangkap, namun akhirnya dapat dihidu oleh pihak berwajib. Lelaki ini telah ditahan dan didakwa meminta rasuah 50 sen bagi setiap tan metrik beras yang dihantar oleh syarikat vendor.
Mahkamah Majistret hari ini meluluskan permohonan reman terhadap bekas pengurus perolehan sebuah syarikat selama lima hari bermula hari ini bagi tujuan siasatan kes meminta suapan berjumlah RM170,000 sebagai balasan penghantaran beras.
Bekas Pengurus Perolehan Di Tangkap SPRM
Lelaki berusia 47 tahun itu sebelum ini bekerja di POS Logistic Berhad dipercayai meminta rasuah sebanyak RM0.50 sen bagi setiap tan metrik beras yang dihantar oleh syarikat vendor.
Mengikut sumber, dia dipercayai meminta suapan bagi penghantaran 339,915 tan metrik beras bernilai RM3,841,039.50.
Beliau dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2019 dan tahun 2020.
Mengikut sumber, dia dipercayai meminta suapan bagi penghantaran 339,915 tan metrik beras bernilai RM3,841,039.50.
Beliau dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2019 dan tahun 2020.

0 Ulasan