Ad Code

PM Akan Umum Kelonggaran SOP Bagi Yang Lengkap Dua Dos Vaksin

Mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dijangka menerima berita baik tidak lama lagi. Ini berita yang kami dapat, PM Akan Umum Kelonggaran SOP Bagi Yang Lengkap Dua Dos Vaksin tidak lama lagi.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi mereka dalam beberapa hari lagi.

"Kita akan muktamadkan perkara ini dan saya akan umumkannya sebagai satu pakej penuh, termasuk dalam aspek sosial, sukan, dan aktiviti makan di restoran. Perincian ini akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada media. 


PM Akan Umum Kelonggaran SOP Bagi Yang Lengkap Dua Dos Vaksin


Sumber : Astro Awani

Antara kelonggaran yang akan diberikan termasuk SOP bagi pergerakan dalam negara, termasuk perjalanan rentas sempadan, khususnya yang melibatkan suami atau isteri yang tinggal berjauhan (PJJ).

Perdana Menteri berharap langkah ini akan memberikan sedikit ruang keselesaan bagi orang ramai untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kelonggaran bagi individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diputuskan di mesyuarat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam minggu ini.

Beliau dilaporkan berkata ini selaras dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi apabila negeri beralih ke Fasa Dua PPN, terutama melibatkan kawasan Lembah Klang.
PPN dijadualkan untuk dibentangkan oleh perdana menteri dalam Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan