Ad Code

Tengku Razaleigh Mohon Pindah Tempat Duduk Dalam Parlimen

Ahli Politik Veteran Malaysia iaitu Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah memohon supaya tempat duduk beliau di dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Ahli Parlimen Bebas. Ini kerana menurut beliau, sejak dari awal lagi beliau tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan "Perikatan Nasional".

Dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini.


Tengku Razaleigh Mohon Pindah Tempat Duduk Dalam Parlimen

Tengku Razaleigh Mohon Pindah Tempat Duduk Dalam Parlimen


Baca : Betul Ke Darurat Telah Di Tamatkan

"Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong Kerajaan Gagal ini," katanya.

Sebagai informasi, Ku Li sebelum ini sering mengkritik pentabiran kerajaan Perikatan Nasional dan mempertikai tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang dianggap membelakangkan perlembagaan negara.
Sebelum ini, dalam susunan tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh diletakkan bersama-sama ahli parlimen UMNO yang lain di blok kerajaan.

Catat Ulasan

0 Ulasan