Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT UMNO) semalam, dengan sebulat suara telah menetapkan keputusan bahawa UMNO Tarik Sokongan Serta Merta Kepada Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin. Pengumuman ini dibuat oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut awal pagi tadi, 8 Julai 2021.
Sidang Media Presiden UMNO 7 Julai 2021
Kita lihat fakta tentang jumlah penyandang Kerusi Parlimen setakat ini dari blok Kerajaan dan blok Pembangkang.
Kerajaan : 77Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) - 31
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - 18
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - 13
Sarawak United People’s Party (SUPP) - 2
Malaysian Chinese Association (MCA) - 2
Malaysian Indian Congress (MIC) - 1
Parti Bersatu Sabah (PBS) - 1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - 1
Independent - 4
Pembangkang: 143
Pakatan Harapan (PH) - 88
United Malays National Organisation (UMNO) - 38
Parti Warisan Sabah (Warisan) - 8
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) - 4
Parti Sarawak Bersatu (PSB)- 2
Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) - 1
United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) - 1
Independent - 1
Adakah ini bermakna Malaysia akan menerima Perdana Menteri Yang Baru? Atau, tidak ada kesan yang jelas kepada pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional dibawah pimpinan Muhyiddin Yassin (Mahiaddin Md Yasin).

0 Ulasan