Harapan ini akan tercapai jika tiada masalah yang besar mengganggu kerana setakat ini, sebanyak 59 peratus daripada penduduk negara ini telah menerima satu dos.
Khairy Jamaluddin
"Saya telah umumkan bahawa pada Hari Kebangsaan 31 Ogos ini, 50 peratus populasi dewasa akan menerima suntikan vaksin sepenuhnya, itulah sasaran baharu kita," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak di perkampungan Orang Asli Kampung Batu Peti di sini hari ini.
Beliau berkata perkembangan mengenai perkara itu akan diumumkan dari semasa ke semasa bergantung kepada bekalan vaksin dalam negara.
"Kebanyakan negeri kita akan umumkan walk-in khusus untuk warga emas, saya rasa hampir kesemua negeri akan menjalankan janji temu secara walk-in dalam masa terdekat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata kerajaan sedang memperhalusi draf kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang akan diberikan kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 dan akan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam waktu terdekat.

0 Ulasan