Ad Code

Kes Tembak Menembak TUDM Kota Samarahan Kuching

Mengejutkan semua apabila dikhabarkan ada kes tembak menembak di Pengkalan TUDM Samarahan Kuching pagi ini. 

Menurut sumber, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai mengamuk dan melepaskan tembakan membunuh tiga orang rakan sekerja beliau sebelum bertindak menembak dirinya.
Sumber menyatakan kejadian berlaku dipondok pengawal pagar utama di Control and Reporting Centre (CRC) TUDM di Jalan Samarahan lebih kurang jam 7 pagi tadi.

Suspek, yang berasal dari Lundu dikatakan telah tiba di lokasi kejadian dengan menaiki sebuah motosikal terus memasuki bilik pengawal.

Kes Tembak Menembak TUDM Kota Samarahan Kuching

Kes Tembak Menembak TUDM Kota Samarahan Kuching



Suspek terus mengambil sepucuk senjata jenis M4 Carbain dan menembak tiga anggota TUDM yang sedang bertugas dipos kawalan tersebut sebelum menembak dirinya.

Difahamkan, tiga anggota mati ditempat kejadian sementara seorang lagi cedera terkena tembakan dibahagian perutnya telah dikejarkan ke Hospital Institut Jantung Negara (IJN) berdekatan namun beliau kemudiannya telah meninggal dunia.



Kes Tembak Menembak TUDM Kota Samarahan Kuching

Kes Tembak Menembak TUDM Kota Samarahan Kuching

Kes Tembak Menembak TUDM Kota Samarahan Kuching



Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih berada di lokasi kejadian membuat siasatan ke atas kes ini.

Untuk maklumat yang lebih sahih, kami akan dapatkan informasi sah daripada pihak berkenaan.

Sumber : FB Safian Nawai & iamsarawakian

Catat Ulasan

0 Ulasan