Ad Code

Pengasas Rumah Bonda Akan Didakwa di Mahkamah Sesyen Esok


Pengasas Rumah Bonda khabarnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok atas pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak. Tular sebelum ini dengan kisah seorang remaja perempuan yang mengalami sindrom Down berusia 13 tahun yang dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Beliau (pengasas rumah bonda) akan didakwa pada 20 (Ogos) ini mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada Harian Metro.


Pengasas Rumah Bonda Akan Didakwa di Mahkamah Sesyen Esok



Pengasas Rumah Bonda Akan Didakwa di Mahkamah Sesyen Esok

Sebelum ini, pengasas rumah berkenaan, Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan untuk mendapatkan semula lima anak angkatnya yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Siti Bainun, 29, dan empat ibu kandung anak angkatnya memfailkan permohonan itu melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, pada 2 Ogos lalu menerusi Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai responden.

Catat Ulasan

0 Ulasan