Ad Code

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin DiJangka Letak Jawatan Hari Ini?

Selepas menerima tekanan dari pelbagai pihak, khabarnya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka akan meletak jawatan hari ini. Berita tular ini sudah tersiar sejak tengah malam semalam, namun tiada siapa yang memberikat butiran lengkap kerana masih belum sahih.

Beberapa portal berita arus perdana sejak semalam lagi memberikan bayangan bahawa Perdana Menteri sudah kehilangan majoriti dan tidak mempunyai banyak pilihan selain daripada meletakkan jawatan.




muhyiddin akan letak jawatan?




Namun begitu, awal pagi ini kelihatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada jam 8.00 pagi dan beliau dijangka akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada jam 10.00 pagi.

Petugas media yang menanti sejak awal pagi di hadapan Perdana Putra masih menantikan ketibaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri-menteri Kabinet yang lain dijangka akan tiba pada jam 9.00 pagi melalui Pintu 2, Perdana Putra.

Khabarnya Mesyuarat Kabinet dijangka akan berlangsung selama satu jam sebelum Muhyiddin bergerak ke Istana Negara pada jam 11.00 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Muhyiddin kemudian dijangka mengumumkan satu perutusan selepas sesi menghadap.

Catat Ulasan

0 Ulasan