Ad Code

Polis Sahkan Geledah Rumah Pendakwah Terkenal Ebit Lew

Pihak Polis telah mengesahkan bahawa pasukan mereka telah menggeledah rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew bagi melengkapkan siasatan, petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya hanya melakukan pengeledahan itu bagi tujuan siasatan selepas pendakwah terbabit diambil keterangan semalam

Rumah Pendakwah Terkenal Ebit Lew

Rumah Pendakwah Terkenal Ebit Lew


Sumber : Harian Metro

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video tidak senonoh yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Dalam pada itu, Abd Jalil dalam kenyataan semalam mengesahkan polis merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Kese.ksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Catat Ulasan

0 Ulasan