Ad Code

Samsung Seru Perpaduan Dengan Kempen Malaysia Di Hatiku



Dengan dorongan untuk meningkatan perpaduan pada masa mencabar, Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pelancaran Malaysia Di Hatiku, sebuah kempen bertema Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan kerjasama Universal Music Malaysia. Kempen ini akan menampilkan lagu terbaru Malaysia Di Hatiku dan akan menyeru rakyat Malaysia untuk berkongsi hasrat dan keinginan mereka untuk negara yang lebih berpadu.

Hari Merdeka dan Hari Malaysia merupakan hari-hari yang penting yang melambangkan pembangunan negara. Disebabkan ini, kempen Malaysia Di Hatiku ingin mengembalikan semangat muhibah rakyat Malaysia, terutamanyanya dengan cabaran semasa yang dilalui oleh semua. 

Samsung Seru Perpaduan Dengan Kempen Malaysia Di Hatiku

Samsung Seru Perpaduan Dengan Kempen Malaysia Di Hatiku



“Sudah lebih setahun rakyat Malaysia dan sedunia telah menghadapi cabaran. Namun begitu, masih ada peluang untuk kita mengembalikan semangat muhibah dan ‘Malaysia Boleh’. Kami ingin memupuk semangat cinta akan negara dan menyeru rakyat memupuk semula tekad untuk menjayakan negara ini semula, kata Elaine Soh, Ketua Pegawai Pemasaran Korporat Samsung Malaysia Electronics.

Kempen Malaysia Di Hatiku akan disasarkan kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak mengira generasi, kaum atau agama, sama ada penduduk di bandar atau di kampung, melalui lagu dan kempen yang akan berjalan di atas platform media social TikTok.

Menyatukan Rakyat Malaysia Melalui Muzik

Universal Music Malaysia dan Samsung hari ini, telah mengumunkan pelancaran lagu Malaysia Di Hatiku, menampilkan bakat artis tempatan hip-hop Yonny Boii, Tabby daripada ahli kumpulan pop wanita Dolla, dan artist muzik rap Kmy Kmo dan Luca Sikta.

Malaysia Di Hatiku boleh digambarkan sebagai lagu cinta akan negara. Selama kita hidup, kita akan sentiasa mencintai negara kita. Disebabkan ini, kita akan tetap taat kepada negara kita, walau susah dan senang mana sekalipun.

“Satu ciri manusia adalah kebolehan untuk bersatu, berkomunikasi dan berkait antara satu sama lain melalui muzik. Dengan apa yang telah dilalui pada tahun ini, sekarang adalah masanya untuk memupuk sikap positif antara satu sama lain. Kami rasa berbesar hati untuk menjalin kolaborasi bersama Samsung untuk menyokong selebriti tempatan dan memberikan inspirasi kepada rakyat,” kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.

Lagu Malaysia Di Hatiku kini dimainkan di kesemua pelantar penstriman digital. Untuk menonton video muzik rasmi Malaysia Di Hatiku, sila layari: https://www.youtube.com/watch?v=s9hbCRcY920


Menyeru rakyat Malaysia berkongsi rasa cinta negara

Dari 20 Ogos sehingga 2 September 2021, Samsung juga melancarkan kempen #MalaysiaDiHatiku di atas platform media social TikTok. Untuk menyertai, perserta hanya perlu merakamkan diri mereka berduet dengan artis Yonnyboii atau Tabby. Atau jika mereka ingin duet yang lebih mencabar, perserta boleh cuba pertempuran rap dengan duo rapper Kmy Kmo dan Luca Sickta. Setelah selesai, perserta boleh muat naik video tersebut ke TikTok dengan memasukkan #MalaysiadiHatiku.

Tiga video yang paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi sebanyak satu unit Samsung Galaxy A32 bagi setiap pemenang. Pemenang akan diumumkan pada hari terakhir kempen, iaitu pada Hari Malaysia, bertarikh 16 September 2021.

Catat Ulasan

0 Ulasan