Ad Code

Satu Fitnah Yang Sangat Kejam Dan Melampau - Ebit Lew



Pendakwah terkenal, Ebit Lew menyifatkan isu terbaru yang membabitkan beliau sebagai Satu Fitnah Yang Sangat Kejam Dan Melampau. Bercakap kepada media selepas selesai memberi keterangan di Pejabat Polis, ia sesuatu yang Ebit Lew

Pendakwah bebas terkenal itu selesai memberi keterangan di Bukit Aman tengah hari tadi bagi membantu siasatan berkait dakwaan gangguan seksual.

Ebit Lew selepas merakam keterangan di Balai Polis Bukit Aman

Satu Fitnah Yang Sangat Kejam Dan Melampau - Ebit Lew



Terdahulu, tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan polis sudah merakam keterangan Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut.

"Polis memohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan telus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya maafkan sesiapa saja dengan apa yang terjadi (fitnah gangguan seksual). Orang di luar sana mungkin boleh nilai sendiri," kata pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Catat Ulasan

0 Ulasan