Adakah anda menggunakan satu penyental untuk kesemua perkakas dapur, daripada kristal yang mudah rosak hingga ke kuali yang berat? Atau adakah anda seorang pengguna produk pembersihan dapur yang arif mengenai produk pembersih?
Jenama Scotch-Brite™ daripada 3M yang menawarkan rangkaian produk pembersihan rumah, dengan kerjasama peruncit Malaysia terkemuka AEON Co. (M) Berhad, baru-baru ini buat julung kalinya menganjurkan peraduan ‘Padan dan Menang’ bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna Malaysia mengenai penggunaan penyental yang betul.
Peraduan tersebut menawarkan sehingga RM7,000 dalam bentuk baucar tunai AEON kepada lapan pemenang bertuah dan telah menerima sambutan yang menggalakkan dengan ratusan penyertaan.
Peserta hanya perlu memadankan penyental Scotch-Brite™ dengan penggunaannya yang betul. Menariknya, lebih kurang 80% peserta berjaya memadankan dengan tepat penyetal Scotch-Brite™ yang betul untuk bahan dan tugas yang spesifik.
Satu kajian penyelidikan oleh Dr. Jamal Houssaini, pensyarah kanan, Universiti Teknologi MARA, yang pakar dalam bidang molekular mikrobiologi perubatan telah menunjukkan bahawa peralatan dapur yang tercalar atau sumbing akibat penggunaan peralatan yang salah dalam mencuci akan meningkatkan jumlah bakteria dan mampu mengundang penyakit berasaskan makanan.
Daripada kajian, adalah terbukti bahawa mencuci menggunakan sebarang jenis penyental adalah lebih bagus daripada sekadar membilas dengan menggunakan air serta sabun semata-mata. Penyental ’non-scratch’ dan Penyental Halus tidak mencalarkan mana-mana permukaan peralatan dapur yang telah diuji dan membersihkan permukaan yang tidak tercalar dengan yang terbaik tanpa sebarang kehadiran bakteria.
Menurut Cik Kek Lay Hua, Pengurus Besar Kumpulan Bisnes Konsumer, 3M Malaysia Sdn Bhd, kesedaran mengenai penggunaan penyental yang betul masih kurang bagi sebahagian pengguna Malaysia. Kekurangan kesedaran ini boleh menyebabkan kecalaran dan kerosakan pada perkakas dapur yang boleh memerangkap kuman.
“Jenama Scotch-Brite™ menawarkan penyental untuk segala permukaan daripada periuk belanga kuali besi tuang yang berat hingga ke keluli tahan karat, permukaan tak melekat, plastik, barangan kaca dan barang seramik china yang mudah pecah.Berdasarkan kajian saintifik, bagi membersih dengan efektif dan memelihara permukaan perkakas dapur pengguna perlu menggunakan penyental yang sesuai untuk tugas membersih. Kami telah memilih kaedah yang menyeronokkan bagi menyampaikan mesej penting ini, dan berdasarkan respons terhadap peraduan ini, cara ini terbukti amat berkesan,” kata Cik Kek.
Puan Tee Chooi Lee dari Bandar Puteri, Klang yang kelihatan jelas gembira, telah terpilih sebagai pemenang hadiah utama peraduan Scotch-Brite™ Padan dan Menang yang pertama ini. Surirumah berusia 50 tahun itu memenangi baucar tunai bernilai RM3,000 daripada AEON.
“Ibu saya sentiasa menggunakan penyental Scotch-Brite™ dan kini saya pula meneruskan tradisi ini. Pada mulanya saya hanya menggunakan Heavy Duty Scourer, tetapi lama-kelamaan setelah melihat pelbagai produk inovatif yang ditawarkan, saya mengambil keputusan mencuba semua produk dari Scotch-Brite. Penyental Scotch-Brite™ benar-benar berkesan dan saya amat gembira kerana memenangi peraduan ini,” kata Puan Tee.
En Abdul Aziz Mohd Sofian dari Kuala Lumpur muncul pemenang kedua hadiah baucar tunai AEON RM2,000, manakala En Safial Eqbal bin Zakari dari Gombak pula membawa pulang hadiah ketiga iaitu RM1,000 baucar tunai AEON.
En Mohd Fauzi Salim dari Bahagian Promosi Produk AEON Co (M) Bhd, berkata kerjasama dengan jenama Scotch-Brite™ merupakan sebahagian daripada usaha peruncit tersebut membekalkan para pelanggannya dengan maklumat berguna sambil memberi sagu hati kepada mereka.
“Ini merupakan peraduan yang menyeronokkan dengan mesej berguna yang ingin kami kongsi dengan para pelanggan. Sambutan terhadap peraduan ini amat menggalakkan. Kami tidak sabar menanti kerjasama seperti ini yang seterusnya dengan Scotch-Brite™,” kata En Fauzi.
Mencari penyental yang bersesuaian
Penyental Tugas Berat Scotch-BriteTM adalah paling baik bagi mencuci bahagian bawah periuk dan kuali yang mungkin telah hitam akibat selalu terkena api semasa memasak dan boleh digunakan untuk mencuci ketuhar serta kotoran atas bahagian dapur gril dengan senangnya. Untuk permukaan yang ’non-stick’ seperti peralatan dapur yang tidak melekat dan besi tahan karat serta countertops, gunakan mana-mana penyental ’non-scratch’ Scotch-BriteTM untuk pembersihan efisien yang maksima tanpa berlaku kesan calar. Untuk pinggan mangkuk jenis stemware halus dan ‘china’ , penyental penjagaan lembut Scotch-Brite akan mencuci dengan sepenuhnya tetapi secara lembut.
Berikut adalah senarai pemenang:-
Tee Chooi Lee
Hadiah utama
RM3,000 baucar tunai AEON
Abdul Aziz Mohd Sofian
Tempat ke-2
RM2,000 baucar tunai AEON
Safial Eqbal Bin Zakaria
Tempat ke-3
RM1,000 baucar tunai AEON
Mabel Soon
Saguhati
RM200 baucar tunai AEON
Nurul Asyikin Bt Bakar
Saguhati
RM200 baucar tunai AEON
Rapiah Bt Nawi
Saguhati
RM200 baucar tunai AEON
Raja Zainah Bt Daing Kadir
Saguhati
RM200 baucar tunai AEON
Saw Seng Aun
Saguhati
RM200 baucar tunai AEON




0 Ulasan