Tahun 2016 merupakan tahun ke-5 Rancangan Sarapan Pagi
ERA fm yang dikemudikan oleh Johan, Haniff dan Ray keudara. Berkat kesabaran dan kerjasama dari
pelbagai pihak yang terlibat, JoHaRa telah berjaya menarik 2.6 juta pendengar setiap minggu.
Seperti kebiasaan, para selebriti pastinya teruja apabila diundang untuk menjadi artis undangan di segmen Sarapan Pagi JoHaRa Pagi ERA bersama Johan, Haniff dan Ray. Inilah masanya untuk para pendengar menghiburkan diri dengan melayan celoteh pengemudi JoHaRa Pagi ERA bersama artis-artis kesayangan mereka. Kali ini, JoHaRa mengambil inisiatif bagi memberikan penghargaan kepada rakan- rakan media di meja hiburan yang banyak memberikan sokongan serta liputan sepanjang 5 tahun ERA fm bersiaran.
“Penghargaan ini dilaksanakan dalam bentuk menemubual para wartawan hiburan mengenai isu-isu dan gossip semasa mengenai artis-artis serta apa jua perkembangan hiburan terkini serta pengalaman mereka bekerja sebagai wartawan hiburan. Perlaksanaan ini adalah bertujuan untuk menaikkan martabat wartawan hiburan negara yang kadang kala menjadi penyumbang bagi kejayaan seseorang selebriti tanahair. Selain itu, pihak ERA fm turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yusuf Tayyub kerana menjadi penaja segmen JoHaRa Pagi ERA” tambah Nazri, Pengurus Kanan Kandungan ERA fm.
“Suasana pagi JoHaRa kali ini amat meriah apabila diserikan lagi oleh kehadiran para wartawan hiburan yang sangat ‘sporting’. Jutaan terima kasih kepada pihak media yang sentiasa menyokong segala aktiviti yang dilaksanakan oleh stesen ERA fm. Diharapkan agar aktiviti sebegini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara penyampai serta warga kerja ERA fm bersama para media di Malaysia”

Rancangan Sarapan Pagi, JoHaRa Pagi ERA juga pernah dinobatkan beberapa anugerah di Malaysia
seperti memenangi Anugerah Program Radio MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA untuk dua tahun
berturut-turut (2014-2015), Segmen Radio Paling Digemari di Shout Award! Pada tahun 2013, turut
meraih anugerah Segmen Radio Paling Popular di Anugerah Lawak Warna pada tahun 2013 dan 2015.
Selain itu, penyampai ERA fm Johan juga pernah dianugerahkan sebagai Penyampai Radio Paling Popular
untuk anugerah-anugerah seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2013 & 2014), dan
Penyampai Radio MeleTOP di Anugerah MeleTOP ERA pada tahun 2015.
“JoHaRa Pagi ERA merupakan sebuah segmen yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai penaja bagi segmen ini, pihak kami berharap agar Pati Buah Delima Yusuf Taiyoob akan menambat hati dan jiwa pendengar ERA fm sama seperti pendengar jatuh cinta kepada pengemudi rancangan sarapan pagi JoHaRa iaitu Johan, Haniff dan Ray. Selain itu, kerjasama yang diberikan oleh pihak Astro Radio turut membuatkan kami ingin melaksanakan sesuatu yang lebih mesra dan santai dengan mengadakan sesi sarapan pada hari ini bersama teman-teman media selaku pihak yang memainkan peranan menyokong kejayaan JoHaRa Pagi ERA” Pengarah Yusuf Taiyoob Sdn Bhd, Dato’ Seri Yusuf Taiyoob
Menerusi Rancangan Sarapan Pagi JoHaRa Pagi ERA, terdapat beberapa segmen yang memainkan peranan penting bagi menjayakan rancangan tersebut. Antaranya adalah Sketsa JoHaRa, Spontan ERA, Teka Lagu ERA dan Gosip Mossip Mak Jemah! Bagi segmen Spontan ERA, segmen ini dibawakan khas dari sebuah program TV ke radio. Anda boleh bermain 3 permainan bersama JoHaRa - Pantun Dua Kerat, Soal-Menyoal dan Ayat Penyata. Manakala, bagi segmen sketsa JoHaRa pula masa untuk pendengar memberikan idea yang lucu untuk JoHaRa lakonkan semula melalui corong radio.
Bagi pendengar yang ingin mendengarkan celoteh JoHaRa Pagi ERA, boleh dengarkan mereka di frekuensi 103.3 dan ikuti segala aktiviti JoHaRa di laman sosial ERA fm di Twitter, Facebook dan Instagram!

0 Ulasan