Systema Memperkenalkan Berus Gigi Pre-Teen Untuk Pra-Remaja
Bolehkah anda imbas kembali zaman peralihan dari peringkat kanak-kanak menjadi pra-remaja? Masih ingatkah anda suatu ketika dimana kita kehilangan gigi susu hadapan dan dipersendakan oleh rakan-rakan? Pernahkah anda mengelak menggosok gigi kerana mengalami kesakitan dan pendarahan pada gusi? Semua ini merupakan kenangan ketika zaman kita membesar.
Peralihan umur dari peringkat kanak-kanak kepada zaman remaja merupakan tempoh mencabar untuk golongan pra-remaja (8 – 12 tahun). Semasa peringkat ini, mereka sedang menghadapi perubahan yang mendadak dari segi fizikal, kognitif, emosi, dan juga sosial di mana mereka mula tercari-cari identiti sendiri, kebebasan, pengalaman baharu dan penerimaan rakan sebaya. Mereka juga menjadi lebih peka terhadap rupa diri fizikal masing-masing. Namun, para ibu bapa dan pihak sekolah kini lebih menumpukan kepada kejayaan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kegiatan kurikolum tambahan, maka tidak banyak masa dan perhatian yang diberikan untuk penjagaan gigi.
Secara umumnya, rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai keperluan dan cara-cara penjagaan gigi. Semasa peringkat penting pertumbuhan gigi susu diganti dengan gigi kekal, gusi pra-remaja yang lebih lembut membuatkan pemberusan lebih menyakitkan. Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa tidak mengetahui masalah ini. Seringkali oleh kerana golongan pra-remaja sudah tidak sesuai menggunakan berus gigi kanak-kanak, berus gigi dewasa yang mungkin terlalu besar dengan berus yang terlampau keras diberikan kepada mereka. Penggunaan berus gigi yang tidak sesuai ini mengakibatkan tabiat memberus yang salah dan golongan pra- remaja dalam diam menghadapi masalah pergigian lazim seperti gusi sakit atau berdarah dan kaviti serta nafas berbau yang boleh memberikan kesan ke atas keyakinan dan harga diri mereka.
Sebagai satu jenama penjagaan gigi yang sesungguhnya memahami para pengguna mereka, Systema, jenama berus gigi No.1 di Jepun memperkenalkan solusi inovatif dengan produk terbaharunya, berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm yang direka bentuk untuk pra-remaja terutamanya yang berusia di antara 8 hingga 12 tahun. Majlis pelancaran berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm yang berlangsung di SK Taman Megah hari ini, disaksikan oleh lebih 300 orang pelajar dan guru-guru.
Pengurus Pemasaran – Penjagaan Oral Southern Lion Sdn Bhd, Pn. Nazura Jalil berkata,
“Sebagai peneraju pasaran dalam segmen berus gigi berbulu tirus , kami teruja dengan peluang untuk menawarkan solusi inovatif yang boleh memberikan perbezaan kepada kehidupan sebuah kumpulan pengguna yang baharu! Melalui temu bual kumpulan fokus yang telah dijalankan dengan para ibu dan anak-anak mereka, kami disokong
dengan pandangan kukuh daripada para pengguna dan seterusnya membolehkan kami mereka bentuk berus gigi yang menepati keperluan pra-remaja Malaysia.”
“Mengekalkan bulu tirus 0.02mm Systema yang unik, Systema Pre Teen 0.02mm terus dipertingkatkan dengan bulu ultra-lembut yang sesuai untuk gusi semasa peralihan ke gigi kekal. Bulu berus telah disusun secara bertingkat dwi-lapisan untuk membersihkan permukaan gigi yang tidak rata dengan lebih berkesan semasa kanak-kanak masih memiliki gabungan gigi susu dan gigi kekal. Dibandingkan dengan berus gigi biasa, ciri –ciri berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm membolehkan kanak-kanak mengeluarkan plak di antara celah-celah gigi di mana kaviti biasanya bermula pada kadar 40% lebih baik dan 9 kali lebih berkesan di sepanjang garisan gusi untuk mengelakkan masalah gusi atau gingivitis. Semua pembersihan berkesan ini ditambah pula dengan kelembutan 3 kali ganda ke atas gigi dan gusi. Kini, kanak-kanak akan mempunyai kawalan pemberusan yang lebih baik semasa memberus dengan pemegang fleksibel Systema yang tidak mudah tergelincir. Kepala berus gigi dengan bucu bulat dan bersaiz padat dengan reka bentuk leher yang langsing, tepat padan dengan mulut pra-remaja dan memudahkan pemberusan sampai ke gigi geraham belakang yang sedang tumbuh dengan lebih berkesan. Pemegang dengan pelbagai reka bentuk dan pembungkusan menarik juga menambah keceriaan kepada rutin penjagaan gigi harian mereka,” tambah Pn. Nazura.
Watak-watak terkenal daripada program TV kanak-kanak popular, Geng UPSR yang terdiri daripada Hud, Adnan, Dina dan Mei Yee turut hadir di majlis perlancaran hari ini untuk menampilkan sketsa menarik yang memaparkan masalah-masalah penjagaan gigi yang biasa dihadapi oleh pra-remaja dalam kehidupan seharian. Persembahan yang menghiburkan itu diikuti dengan persembahan kolaborasi bicara berirama (choral speaking) oleh pelajar-pelajar SK Taman Megah.
Sempena majlis perlancaran hari ini, para tetamu juga diberi peluang untuk menyaksikan iklan TV baharu Systema Pre Teen 0.02mm yang dilakonkan oleh watak-watak Geng UPSR yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para jemputan tentang kepentingan menggunakan berus gigi yang betul. Menambah lagi kegirangan semua yang hadir di majlis tersebut, setiap pelajar telah diberikan sebatang berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm untuk membantu mereka dalam permulaan perjalanan mereka ke arah melindungi gigi kekal dari peringkat awal.
Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Pengarah Pemasaran, Perancangan Strategik Southern Lion Sdn Bhd, Pn. Christina Yong yang berkata, “Berpandukan syarikat induk kami, Lion Corporation Jepun yang mempunyai inovasi dalam penjagaan gigi selama lebih 120 tahun dan juga sasaran untuk menggalakkan gigi sihat sepanjang hayat dengan berus gigi yang betul untuk setiap orang, berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm merupakan kawan rapat untuk pra-remaja. Melalui pengaruh antara rakan sebaya, kami berharap untuk terus menyebarkan kesedaran tentang pemberusan gigi yang betul setiap hari dan menggalakkan tabiat penjagaan gigi yang lebih baik, dan seterusnya membina keyakinan pra-remaja Malaysia.”
“Seperti juga impak memupuk keyakinan yang ditunjukkan oleh persembahan bicara berirama (choral speaking) yang dipersembahkan oleh para pelajar dari SK Taman Megah dan Geng UPSR, kami sangat gembira menjadi sahabat sepanjang perjalanan mereka menuju ke alam dewasa. Dengan gigi yang sihat dan senyum yang menawan, setiap pra-remaja akan menjadi lebih yakin!” tambah Pn. Christina.
Melindungi gigi kekal sejak dari peringkat awal, berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm boleh didapati dari pasar raya besar utama, pasar raya dan farmasi-farmasi ulung di seluruh negara, pada harga pengguna yang disyorkan iaitu RM 7.10. Untuk maklumat lanjut mengenai Systema dan berus gigi Systema Pre Teen 0.02mm, layari www.southernlion.com.my.




0 Ulasan