Ad Code

Program Terbaru Astro Ceria Program Bakat Islamik Cilik Ceria I-Star

Program terbaru Astro Ceria iaitu sebuah program pencarian bakat Islamik cilik, ‘Ceria I-Star’ telah pun bersiaran selama enam minggu dan kini tiba di peringkat akhir yang bakal bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three, Bukit Serdang pada 18 November 2016 (Jumaat), jam 9.00 malam. Ianya akan turut disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) dan Maya HD (saluran 135). Bermula dengan 10 peserta, minggu akhir ini akan memperlihatkan hanya 5 peserta berentap untuk merebut gelaran Juara Ceria I-Star musim yang pertama. 
Ceria I-Star merupakan sebuah program realiti yang mengangkat bakat-bakat Islamik di kalangan anak-anak muda yang berumur di antara 7 hingga 14 tahun. Ia memberi penekanan akan penyampaian kandungan Islamiah serta turut disuntik dengan elemen nilai-nilai murni dan dipersembahkan mengikut kepada kreativiti masing-masing. 









Dari pendakwah muda sehinggalah ke penyanyi lagu-lagu ketuhanan dan persembahan ‘choral speaking’ dalam Bahasa Arab, Ceria I-Star meletakkan misi utama untuk mengangkat mesej Islam dalam cara yang paling menarik dan sedikit santai khususnya untuk menarik minat si kecil mendalami konsep agama Islam yang mudah dan indah. Dalam masa yang sama, Ceria I-Star ingin turut melahirkan bakat yang boleh diangkat sebagai ikon kandungan Islamik kanak-kanak dan menjadi contoh kepada mereka yang ada di luar sana. Menarik lagi, Ceria I-Star turut menampilkan peserta dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei dalam mencari yang terbaik di antara yang terbaik. 
Untuk minggu akhir ini, pentas Ceria I-Star akan menyaksikan pertarungan di antara 5 peserta hebat yang memiliki bakat-bakat yang pelbagai. Mereka adalah Cha (peserta yang petah bercerita dengan loghat negeri Kedah), Iqi (handal berpidato), Danish (bercerita dalam Bahasa Inggeris), kumpulan Sehati (peserta dari Indonesia yang menampilkan bakat nyanyian dalam berdakwah), dan kumpulan The Black (tiga orang anak muda yang berbakat menyampaikan dakwah disertakan dengan unsur-unsur komedi).
Program Ceria I-Star musim pertama menampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara ditemani Ustaz Yeop selaku pengacara bersama. Manakala, Imam Muda Asyraf dan ahli motivasi terkenal, Amin Idris dipilih menduduki kerusi Juri Tetap. Minggu akhir ini akan turut menyaksikan ratu rock negara, Ella mendominasi kerusi Juri Jemputan. Manakala penyanyi yang kian meningkat naik, Sufian Suhaimi pula bakal mengadakan persembahan istimewa di konsert akhir ini. 

Juara Ceria I-Star bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 10,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 5,000.00 dan juga trofi. Manakala pemenang tempat keempat pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1,000.00 beserta trofi dan pemenang tempat kelima akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.00 beserta trofi. Untuk kategori ‘Persembahan Terbaik’ pula, peserta yang berjaya akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 5,000.00.


Program Terbaru Astro Ceria Program Bakat Islamik Cilik Ceria I-Star

Catat Ulasan

0 Ulasan