Ad Code

Apakah Maksud Vaksin Lengkap Yang Anda Faham?

Terkini, banyak kelonggaran yang telah diberikan untuk rakyat kembali kepada aktiviti harian yang biasa dan memberi kebenaran untuk melakukan perjalanan pelancongan kepada mereka yang telah lengkap vaksin. Namun, tahukah anda, apakah maksud Vaksin Lengkap yang anda faham?


maksud vaksin lengkap yang anda faham

Jika anda disuntik dengan Vaksin dari Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, anda perlu mendapatkan 2 Dos dan menunggu sehingga selepas 14 hari dari tarikh suntikan kedua untuk mendapatkan status Vaksin Lengkap.

Namun, untuk mereka yang menerima Vaksin dari CanSino dan Johnson & Johnson, mereka hanya memerlukan 1 Dos vaksin sahaja dan menunggu sehingga selepas 14 hari dari tarikh suntikan untuk mendapatkan status Vaksin Lengkap.

Baca : Pengalaman Suntik Vaksin Di PPV WTC Kuala Lumpur

Untuk mereka yang masih belum mendapatkan vaksin Covid-19, silalah mendaftar untuk suntikan anda dan pastikan kita semua dilindungi dari bahaya risiko jangkitan wabak ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan